Apa Kaitan Kuih Bakul Dengan Dewa Dapur?
Kuih Bakul merupakan kuih yang terkenal di dalam budaya cina terutama pada tahun baru Cina. Kuih ini juga dikenali dengan nama “nian gao” (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud kuih dan di dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo) bermaksud tinggi yang melambangkan erti semakin bertambah tahun semakin tinggi (年年高升/niánnián gāoshēng) yang bermakna “setahun lagi kehidupan, meningkat lagi kemajuan”
Kuih ini diperbuat daripada beras pulut yang tumbuk sehingga halus dan dicampur dengan beberapa ramuan lain sehingga menjadi melekit dan manis seperti dodol. Kuih ini boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja akan tetapi ia terkenal pada tahun baru disebabkan terdapat kepercayaan di sebalik tahun baru berkaitan dengan dewa mereka.[1]
Ini kerana bagi masyarakat Cina yang berkepercayaan Daoisme, mereka percaya setiap akhir tahun sebelum menjelang tahun baru, Dewa Dapur akan naik ke langit untuk untuk membuat laporan mengenai sesebuah keluarga di rumah itu kepada Dewa Tertinggi iaitu Yu Huang Da Di atau The Jade Emperor di langit. Ini kerana, kebiasaan orang Cina mereka akan menyembah dewa dapur di rumah mereka. Dewa Dapur dikenali dengan beberapa sebutan seperti Zao Shen, Zào Jūn Gōng atau Cao Kung Kong (bahasa hokkien) adalah salah satu di antara dewa-dewi yang termasuk dalam kategori Dewa Penjaga Rumah.
Kebiasaanya masyarakat cina akan menyediakan sebuah altar yang dilokasikan di arah utara atau timur di bahagian dapur rumah mereka dan gambar Dewa Dapur digantung di tengah-tengahnya. Bagi mereka yang tidak memasang altar, biasanya mereka akan menggantung gambar dewa sahaja di dapur. Adapun sebahagian daripada mereka mengkritik perbuatan meletakkan altar dewa di dapur di atas beberapa faktor tetapi secara umumnya masyarakat Cina yang mempercayainya akan menggantungkanya di dapur.
Ini kerana masyarakat Cina memiliki kepercayaan bahawa Dewa Dapur ini akan melaporkan hal yang berlaku di rumahnya kepada dewa tertinggi di langit maka sehubungan dengan itu ia hendaklah dipastikan bahawa khabar yang dibawa itu dari yang baik-baik sahaja. Untuk itu, masyarakat cina akan membuat kuih bakul ini sebagai makanan utama yang digunakan untuk persembahan upacara sembahyang kepada dewa Dapur (Jie Sie Siang Ang), iaitu dilakukan enam hari sebelum tahun baru.
Dipercayai kuih manisan yang melekit ini dipersembahkan untuk memujuk hati Dewa Dapur kerana ia dapat memaniskan serta melekitkan mulutnya semasa Dewa Dapur pergi ke syurga untuk memberi laporan tahunan kepada Maha Dewa Syurga (The Jade Emperor) dan dengan ini akan dapat memastikan Dewa Dapur memberi laporan yang baik nanti mengenai rumah tangga tersebut.[2] Dari kepercayaan inilah tradisi kuih bakul dijadikan kuih utama di kalangan masyarakat cina sebelum perayaan tahun baru.
Sejarah Dewa Dapur
Kisah Dewa Dapur ini memiliki beberapa versi dan memiliki sedikit perbezaan di antara satu sama lain. Diceritakan pada asalnya beliau merupakan seorang manusia biasa sahaja dan di alam dunia dahulu beliau dikenali sebagai Zhang Lang. Diceritakan pada zaman dahulu sekitar abad ke 2 SM terdapat seorang pemuda yang kaya raya bernama Zhang Lang, yang memiliki tanah yang luas dan haiwan ternakkan yang sangat banyak.[3] Beliau berkahwin dengan seorang wanita yang baik hati dan bijaksana. Kehidupan mereka berjalan dengan bahagia sehinggalah sampai pada suatu ketika dikatakan Zhang Lang mengambil isteri kedua yang memiliki sifat buruk dan dengki serta memiliki banyak tipu muslihat. Akibat dari pengaruh yang dari hasutan isteri kedua ini, Zhang Lang kemudian menceraikan isteri yang pertama.[4]
Pada satu hari, Zhang Lang mabuk dan beliau memberi kesemua harta bendanya dan segala kekayaannya kepada orang ramai. Disebabkan hal itu beliau jatuh miskin sehingga mengemis meminta sedekah. Oleh disebabkan kemiskinan itu, isteri keduanya meninggalkannya lalu bersama dengan lelaki lain yang lebih kaya.[5]
Pada suatu hari pada musim sejuk, Zhang Lang yang kelaparan itu berjalan untuk mengemis dengan memasuki sebuah rumah besar untuk meminta sedekah makanan. Seorang pelayan di rumah itu menerimanya dengan ramah dan baik hati serta membawanya ke ruang dapur untuk memberinya makan. Zhang Lang di khabarkan oleh pelayan di rumah itu bahawa pemilik rumah besar itu adalah seorang janda yang baik hati dan gemar menolong orang yang miskin. Hal itu menimbulkan rasa kagum di dalam hatinya. Pada saat pemilik rumah itu datang menemuinya ketika makan, Zhang Lang terkejut besar setelah mengetahui bahawa pemilik rumah itu adalah bekas isteri pertamanya yang telah dicerai olehnya suatu ketika dahulu. Disebabkan beliau berasa amat malu di atas perbuatannya masa lalu, Zhang Lang tidak berani menemuinya, akhirnya dia bersembunyi di dalam sebuah tungku dapur dan berada di situ sehinggalah dia mati terbakar menjadi abu.
Ketika isterinya mengetahui bahawa orang yang hangus terbakar di dalam tungku dapur itu adalah suaminya sendiri, maka beliau sangat sedih, dan akhirnya meninggal dunia kerana kesedihannya itu. Ketika dewa tinggi iaitu Dewa Tai Shang Lao Jun mengetahui peristiwa ini, beliau sangat terkesan atas ketulusan hati Zhang Lang yang berani menebus kesalahannya sehingga sanggup mati hangus terbakar di dalam tungku dapur itu, maka beliau mencadangkan kepada dewa tertinggi Maharaja Jed untuk mengangkat Zhang Lang menjadi Dawa Dapur dan dinamakan Zao Jun atau Zao Shen. Lalu setelah itu beliau dilantik menjadi dewa Dapur.[6]
Selain dikenali dewa Dapur, beliau juga dikenali sebagai dewa api. Tugasnya adalah untuk melaporkan segala perkara yang terjadi di dalam sesebuah keluarga kepada dewa tertinggi untuk menghakimi dan membalas baik buruk mereka. Oleh disebabkan orang cina inginkan dewa Dapur membawa khabar yang baik maka disediakan kuih bakul yang manis dan melekit itu untuknya.
Selain itu, kuih bakul juga sinonim dengan sebagai makanan yang dipersembahkan kepada dewa bagi upacara agama, dan selain tahun baru, biasanya ia juga dimakan selepas hari Chap Goh Meh, hari ke 15 dan penghabisan Tahun Baru Cina.
Kesimpulan
Kuih bakul adalah kuih yang terkenal dikalangan masyarakat cina malah selain masyarakat cina juga turut mengemari makanan ini tanpa tidak mengikut musim. Adapun dikalangan masyarakat cina mereka memiliki kepercayaan di sebalik kuih ini terutama pada perayaan tahun baru cina. Ia juga turut dihidangkan kepada para tetamu dan dimasak dengan pelbagai cara. Adapun kepercayaan kuih bakul yang dikaitkan dengan dewa dapur ini hanyalah wujud di dalam kepercayaan masyarakat cina. Dan iktikad ini tidak dipalitkan di atas kuih bakul semata-mata akan tetapi ia lebih kepada simbolik kepada mahu tibanya perayaan tahun baru yang mana hari pertukaran buku laporan yang dibawa oleh Dewa Dapur bagi setiap tahun.
Rujukan:
[1] Lihat Gai Guoliang, (2009). Exploring Traditional Chinese Festivals In China, Mc Graw Hill, Singapura, hlm 6
[2] Lihat Rongguang Zhao, (2015). A Hisotry of Food Culture in China, SCPG Publishing Corporation, New York, hlm 16
[3] Lihat Shri Bhagavatananda Guru, (2015). A Brief History of the Immortals of Non-Hindu Civilizations: In association with Aryavart Sanatan Vahini 'Dharmraj', Notion Press, India, hlm 155
[4] Sebahagian kisah mengatakan beliau tidak berkahwin dua tetapi beliau menceraikan isteri pertamanya kerana fizikal isterinya itu tidak cantik dan memalukan beliau dan dari sebab itu dia menceraikan isterinya.
[5] Lihat Patricia Bjaaland Welch, (Januari 2014). majalah Passage artikel The Kitchen God, Friends of Museums Singapore, hlm 12-13
[6] Lihat Ibid
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
mc graw hill 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
Bermulanya Pesta Perahu Naga & Kuih Bak Chang
Akhir bulan Mei ini terdapat satu pesta yang diraikan oleh masyarakat Cina termasuk di Malaysia yang dikenali sebagai pesta perahu naga. Pesta perahu naga biasanya dilakukan bersama dengan pesta membuat dan memakan kuih Bak Chang. Kuih Bak Chang terkenal di kalangan orang Cina. Kuih ini dibuat dari beras pulut berinti seperti kacang, kentang, daging, ayam dan lain-lain serta dibungkus dengan daun buluh.
Bagaimana Pesta Ini Bermula?
Dalam kajian kami, kami tidak menemui ulasan dari sarjana Cina apakah justifikasi kepada perayaan ini dengan melakukan perlumbaan perahu berbentuk naga dan memakan kuih Bak Chang. Ia hanya sekadar dilihat untuk memperingati sejarah dan simbolik bagi mengenang seorang menteri dan juga penyajak yang sangat berpatriotik terhadap negara China, iaitu Qu Yuan (屈原).[1]
Ini kerana tradisi menyambut Pesta Perahu Naga dan kuih Bak Chang adalah berkait rapat dengan kisah memperingati Qu Yuan semasa zaman Peperangan Antara Negeri (Warring States Period / 战国时代). Qu Yuan merupakan seorang penasihat diraja Negeri Chu, iaitu raja Qingxiang, tetapi baginda raja kerap termakan hasutan-hasutan menteri lain lalu kemudiannya menyebabkan baginda raja tidak lagi mempercayai Qu Yuan. Akhirnya, dalam kesedihan dan hilangnya harapan, beliau membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai Miluo (kini sebahagian daripada provinsi Hunan) pada 18 haribulan 5.[2]
Oleh disebabkan kematiannya itu diratapi oleh rakyat di sana maka masyarakat di sana mula membuat perjamuan kepadanya dengan membaling nasi yang diisi dalam buluh ke dalam sungai Miluo. Diceritakan terdapat seorang tempatan yang bermimpi berjumpa dengan Qu Yuan yang muncul di tengah-tengah sungai Miluo dan berkata kepadanya bahawa nasi yang diberikan itu tidak sampai kepadanya, kerana ikan-ikan di sungai itu telah memakannya.[3] Maka Qu Yuan mengatakan untuk perjamuan seterusnya hendaklah nasi dan makanan itu dibungkus dengan diikat tali dan berbentuk tanduk agar ikan-ikan tidak menyentuhnya.[4]
Ulang tahun kematian Qu Yuan yang seterusnya, masyarakat di Negeri Chu mula menghasilkan nasi dan dicampur beberapa bahan lain lalu dibungkus dengan daun buluh agar berbentuk tanduk lalu dicampak ke dalam sungai Miluo. Demikian itu bermulalah penghasilan kuih Bak Chang untuk perjamuan kepada Qu Yuan.
Setelah itu, individu tersebut sekali lagi bermimpi bertemu dengan Qu Yuan dan dia mengatakan telah menerima makanan Bak Chang itu, akan tetapi sebahagian besar dari Bak Chang itu juga turut dimakan oleh ikan dan makhluk air yang lain. Lalu Qu Yuan mengatakan bahawa terdapat raja naga yang menjaga makhluk di dalam air itu dan sekiranya terdapat barang persembahan (makanan) kepada naga tersebut maka ikan-ikan dan makhluk lain tidak akan menyentuhnya. Tidak sempat mendengar pesanan selanjutnya dari Qu Yuan, individu yang bermimpi itu terus terjaga. Oleh itu hal ini merumitkan dia untuk berfikir apakah cara yang boleh dibuat untuk Bak Chang itu boleh diterima oleh Qu Yuan di samping pesanan beliau menceritakan bahawa persembahan untuk naga tidak akan diusik oleh ikan-ikan.[5]
Selang beberapa hari, dia mendapat idea untuk menyelamatkan Bak Chang itu dari terus dimakan oleh ikan-ikan maka mereka mula membuat perahu berbentuk naga dan memalu gendang di atas perahu tersebut agar ikan-ikan terus melarikan dari dan tidak berani menyentuh persembahan itu. Demikian dari hal itu bermulalah pembinaan perahu naga dan mereka ramai-ramai mendayung ke tengah sungai dan mencampakkan Bak Chang ke dalam sungai sambil memalu gendang.[6] Sejak dari itulah individu itu tidak lagi bermimpi bertemu dengan Qu Yuan.
Begitulah diceritakan tradisi membuat Bak Chang dan perlumbaan perahu naga bermula dan ia diteruskan dari generasi ke generasi sehinggalah ke hari ini. Ia bermula dari peristiwa mengenang seorang tokoh yang bernama Qu Yuan yang membunuh diri.[7]
Melihat kepada kisah sebegini, ia sebenarnya memberi galakkan untuk masyarakat memuliakan tindakannya, ia seakan memaparkan ‘keindahan’ membunuh diri. Dengan kata lain, tindakan ini sebenarnya adalah melarikan diri daripada berdepan dengan masalah daripada berusaha mencari jalan penyelesaian.
Dengan demikian, hal ini hanya memaparkan kelemahan Qu Yuan. Selain itu, menurut kajian oleh sarjana Sun Cizhou dari Sichuan pada tahun 1944, berdasarkan analisis sajak terkenal Qu Yuan yang bertajuk Li Sao (离骚 / “Meninggalkan Kesedihan”), hubungan Qu Yuan dengan Maharaja adalah sebagai kekasih. Maka dari itu wujud pendapat yang menyatakan samaada Qu Yuan membunuh diri kerana cinta kepada kekasih atau kepada negara.[8]
Oleh itu, perayaan ini dilihat hanya memperingati peristiwa bunuh diri Qu Yuan berbanding membedah atau menghargai jasa dan idea Qu Yuan kepada negara Cina. Sekiranya Qu Yuan itu memberi satu jasa yang besar kepada negara Cina sudah pasti jasa dan idea itu perlu diambil manafaat oleh generasi seterusnya berbanding hanya menyambut dengan semangat semata-mata dengan pesta perahu naga.
Kesimpulan
Setiap pesta dan perayaan pasti akan memiliki justifikasinya tersendiri. Adalah tidak wajar sekiranya sesebuah perayaan itu disambut hanya dengan semangat semata-mata. Ia perlulah ditelusuri dengan menilai sejarah, mengambil manafaat dari sesebuah peristiwa, dan juga menapis serta menilainya dengan kritis.
Walaubagaimanapun, ini merupakan amalan masyarakat Cina yang telah menghiasi warna warni kebudayaan masyarakat Malaysia yang menjadi salah satu tarikan pelancong.
Nota Kaki:
[1] Lihat Gai Luoliang, (2009). Exploring Traditional Chinese Festivals in China, Mc Graw Hill, Singapura, hlm 51
[2] Sebahagian versi mengatakan dia membunuh diri dengan mengikat sebuah batu besar bersamanya lalu menenggelamkan bersamanya.
[3] Versi lain mengatakan masyarakat di negeri Chu membuang nasi dan makanan ke sungai adalah untuk mengelakkan dari ikan-ikan di sungai itu memakan mayat Qu Yuan yang terjun membunuh diri. Lihat – (2006). Hari-Hari Perayaann Masyarakat Malaysia, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Kuala Lumpur, hlm 119-200
[4] Lihat - (2013). Gateway To Chinese Culture, Asiapac Books Pte Ltd, Singapore, hlm 79
[5] Lihat Andrew Chittick, (2014). Dragon Boat History, hlm 2- www.dragonboathistory.com
[6] Versi lain pula mengatakan seorang tabib tua menuangkan arak ‘realgar’ ke dalam sungai untuk memabukkan naga air agar tidak mencederakan Qu Yuan. Berikutan itu lahirlah pesta perlumbaan perahu naga. Lihat Abu Talib Ahmad, (2012). Utara Semenanjung Malaysia: Esei-Esei Warisan, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
[7] Artikel Dragon Boat Lagends & Ritual- http://www.dragonboathistory.com/Legends.html
[8] http://shanghaiist.com/2012/06/23/duanwu-festival-gay-valentines.php
R&D TEAM MRM
mc graw hill 在 McGraw Hill - YouTube 的推薦與評價
We are the leading education partner to millions of educators, learners and professionals around the world. We believe that your diverse experiences enrich ... ... <看更多>
mc graw hill 在 McGraw Hill - Home | Facebook 的推薦與評價
At McGraw Hill, we believe that your diverse experiences enrich the way you learn, teach and grow. Every educator teaches differently. ... <看更多>